pabila jari-jari aku mula meningkatkan kadar kelajuan utk memulakan fungsinya sebaik saja ia diletakkan diatas 'keyboard', pd masa sama juga reseptor2 aku bertindak sbg penyambung kpd gambaran perasaan aku di kala ini. sukar tidak.
mudah tidak juga. satu yang aku pasti, rasa ini mungkin rasa biasa yang pernah aku lalui. bagaimana ia hadir yang menjadikan perbezaannya.
izinkan aku mulakan bicara kali ini dgn struktur yang jarang atau mungkin blm pernah aku aplikasikan. usah ditanya mengapa.walau aku sedar soalan itu yang sering menjadi tanda tanya. mengapa? aku tak punya jawapannya. mahu atau tidak aku akan tetap menulis mlm ini. utk apa? demi siapa? dan masih berbalik kpd "mengapa" perlunya aku? aku masih mencari jawapan itu..
sesuatu.
andai itu benda, maka mudah utk aku berkongsi.
andai itu kucing, hampir pasti akan aku manjakan.
andai itu mimpi, akan ku berusaha untuk bangun dari tidur.
tp itu semua bukanlah 'sesuatu'.
dimana harus aku letakkan jika itu merujuk kpd makhluk yg bernama manusia. dimana harus aku mulakan dan dimana pula pengakhirannya?
haruskah aku memikirkan akhirnya sedang ada percaturannya sendiri? selesaikah segalanya pabila aku tiba di pengakhiran itu kelak?
semakin aku fikirkan..bayangan datang menjelma. satu demi satu....gelap ku rasakan tiba-tiba.....
1 comments:
salam ape kabo....
tumpang lalu.....
Post a Comment