salam (kpd sesiapa jua yg menjengah ke "laman" umah ke2 saya ni)
bagaimana harus saya mulakan 'ruangan' ini kalini, saya sendiri kurang pasti. saya akan cuba utk terus bercerita tentang apa saja yang boleh memberi manfaat buat kalian yang membacanya. mungkin saya kurang bercerita mengenai diri saya secara ' terus', tetapi andai kalian membaca setiap "post" saya, kalian akan menembusi 'rahsia' disebalik kisah saya hampir setiap hari yang mana tiap2 drpdnya punya maksud yang mgkn ada kalanya tidak mampu saya ungkapkan melalui tulisan jauh sekali melalui tutur bicara.
sudah menjadi hukum alam yang diam dan jarang mengeluarkan 'suara' sering dianggap tidak mesra/sombong/blagak dan mgkn juga dipandang rendah. apapun tanggapan sesama umat manusia, pada saya, itu semua tidak akan menjadi tepat selagi ia tidak 'real'. kamu akan mendapat jawapannya sendiri.percayalah..
saya bukanlah baik untuk menjadi penasihat terutama dlm kehidupan.kehidupan yang pada kiraan saya penuh dengan 'warna' dan 'corak'. bernama MANUSIA ternyata memberi kita banyak kelebihan dalam melakukan sesuatu. akal dan hati yang dianugerah adalah anugerah yang tidak dipunyai oleh makhluk lain. malulah kita andai tidak menjaga kedua ini dengan sebaiknya kerana yang BUKAN BERGELAR MANUSIA juga kini punya 'hati & akal'. lihat saja haiwan disekeliling kita...(rasanya xperlu diterangkan krn saya amat pasti tiap2 drpd kita sedar tentang ia).
namun, apa yang sungguh menyedihkan saya, akan ada perasaan hasad yang kini sudah menjadi lazim terutama dikalangan kita sesama ummat. tidak malukah kita dengan bangsa2 lain? tidak segankah kita dengan mereka yang tetap utuh semangat setia kawannya? dimanakah perginya jihad Rasulullah yang wajib kita semai demi mempertahankan agama? berdosanya kita melemparkan perjuangan baginda tanpa rasa silu!! runtuh segalanya hanya kerana sesuatu yang dipanggil HASAD. tidakkah kalian aneh? dunia makin kehadapan namun manusia semakin kebelakang tanpa disedari. atau mungkin disedari tetapi dipandang remeh.. (saya tinggalkan kalian untuk persoalan ini)
disaat suatu waktu berhenti, kosong.
dimensi membutakan mata, memekakkan telinga.
lalu diri menjadi hampa.
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka.
sedarku akan hadirmu.
mematahkan sendi-sendi yang biasanya tegak berdiri...
-ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tp bisa membezakan cahaya&kegelapan-
1 comments:
OK... I THINK I GOT IT.. TP TAKMO CKP LEBIH2... HOPES THAT TIME KT REUNION NNT KO EXPRESS EVERYTHING.. I REALLY NEED TO HEAR FROM YOU... KALO KO TAK CITE MMG AKU AKAN PIKIR MCM2.. SO BETTER CERITAKAN.. KALO KO JUST NAK AKU JE SORANG YG DENGAR AKU SEDIA MENJADI PENDENGAR KO YG PALING SETIA... ITUPUN KALO KO ANGGAP AKU SAHABAT... I LOVE U....
Post a Comment