Wednesday, February 3, 2010

jalan-jalan

bulan baru di tahun yang masih baru.
namun sudah terlalu banyak yang terjadi.
pahit maung saya redah dengan redha.
saya bersyukur atas apa jua jalan saya.
jalan yang mungkin jauh lebih baik menanti dihadapan kelak.
kini saya lebih berlapang dada untuk menghadapi hari-hari mendatang walau realitinya tidak sama.
jalan dihadapan mungkin lebih penuh liku-liku. 
jalan dihadapan mungkin jalan yang mungkin tidak saya sangka untuk melaluinya.
dikeliling saya umpama bunga dan duri yang membuat saya lebih kuat. 
jalan ini saya terima walau sesukar manapun ia. kawan dan lawan menanti. menanti untuk saya kembali bangun atau terus rebah di jalan sendiri.
jalan lalu tidak bermakna saya tersalah simpang.
jalan lalu tidak bermaksud untuk saya terus melabuhkan perjalanan disitu. 
kerana jalan lalu mungkin akan saya tempuh lagi. 

tetapi, 
jalan lalu juga menjadikan saya berhati2 untuk menentukan jalan seterusnya yang lebih tepat untuk saya pilih.
jalan lalu juga mengajar saya erti seperjalanan.
dimanapun saya berhenti, jalan itu akan harus saya lalui walau sebesar dan sesempit mananya ia...

(sebelum terus-terusan meraban, ada baik saya stop jer kat cni.keh)



0 comments: