Tuesday, January 5, 2010

sahabat...rintihan...


SAHABAT,
maafkan aku krn tidak berterus tentang apa yang aku lalui dgn kamu sebelum ini..aku malu krn "jalan cerita" ku tidak seperti dirimu mahupun yang lain. "perjalanan" ku langsung tidak seperti impian dan harapanku. aku puas tadi apabila dgn izinNya aku dpt meluahkan padamu walau sekejap cuma. aku sayang padamu sahabat..dr sekolah-universiti-smpai kini walau aku tidak pernah menunjukkannya dihadapanmu krn aku bukan begitu..mmg nyatanya aku seorang perahsia dan 'kuat ketawa' sprt yg kamu tahu sahabatku..
maafkan aku sekali lagi andai aku tlh melukai perasaanmu. moga perancangan utk berjumpa kamu esok akan dimakbulkan...amin.... (buat 'aka' ku yang sorang)


RINTIHAN.
Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang..
Tapi di dalam hati terpendam persoalan
Perlukah aku khabarkan yang ku alami..?
Apakah akan terjawab semua..?
Perlukah aku bukakan keaibanmu..?
Semuanya terletak dalam hati kecilku
Segala kebenaran atau penjelasanku mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi
Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan..
Untukku menghadapi semua ini

Tuhan ku terus berserah..
Berikan aku hidayah..
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah....



..MASIH INGATKAH KAU WAHAI SAHABAT...

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu,Tiada berhenti
Oh syahdunya


Sejenak ku terkenang hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman harungi kehidupan
Oh indahnya



Berat rasanya didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina
Ia akan selamanya....
 

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita


Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman...


0 comments: